Selasa, 22 Februari 2011

VCD Ustaz Kazim dicetak rompak....!!!




Pusat Pendidikan Al-Barakah( PPAB ),Manjoi,Ipoh, 22/02/2011. Kami staf di PPAB amat berdukacita. dengan segelintir gologan yang melaungkan Nama Allah,membicarakan perjuangan Islam,tegap bediri, megah, angkuh pada diri sendiri...Yang pasti mereka ini juga mencari rezeki untuk anak,isteri dan keluarga mereka...Ada segolongan dari pihak ini mencari sesuap nasi dengan menjual CD dan VCD ceramah-ceramah agama khasnya ceramah AF Ustaz Hj Mohamad Kazim b  Elias Al-Hafiz...tetapi yang menjadi masalahnya ialah CD dan VCD ini adalah dikategorikan sebagai cetak rompak...Dalam erti kata lain tak ori la!!!
Beberapa persoalan timbul di sini...Antaranya...:
1.Adakah rezeki mereka ini halal? 
KERANA...!!!
* Mereka menjual tanpa mendapat keizinan
* Menjual degan harga yang murah
* Bila dah murah,hai faham-faham lah...dah tentu tiada kualiti
* Selain itu,mereka juga sanggup menipu dengan menyatakan hasil penjualan CD dan VCD yang dijual disumbangkan sepenuhnya kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Wahai pembaca-pembaca sekalian...!!!
Ini adalah satu pembohogan yang terang lagi nyata. Ini kerana kami
( PPAB ) tidak mendapat apa-apa bayaran royalti dari pihak tersebut....!!!Anda cuba nilai,AF Ustaz Haji Mohamad Kazim b Elias Al-Hafiz berpenat lelah menyampaikan ceramah tetapi ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan diatas populariti dan pasaran CD dan VCD ceramah beliau.

Kepada pihak berkenaan,anda nilai lah sendiri keberkatan rezeki yang anda suapkan kepada mulut isteri,anak dan ahli keluarga anda dengan cara menipu sebegini...!!!

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. semoga mereka ni sedar dengan perbuatan mereka...

    BalasPadam