Memaparkan catatan dengan label ini lah jalan kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ini lah jalan kami. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

jauhhilah ia mari lah kita renung kan!

Remeh Temeh Cerai


Saya menerima artikel ini dari email blalang_group@yahoogroups dari seseorang yang bernama TeMaN untuk dikongsi dengan anda. Kredit kepada penulis.
Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar.
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gugur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar.

Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga.
Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ.
Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu.
Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.
Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu “
Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.
Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan.
Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.
Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan kadangkala tidak masuk dek akal.
Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana masalah perselisihan pendapat.
Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban.
Ini bukan cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.
Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan.
Jawapannya mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri. Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku.
Hal-hal kecil dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak menguasai diri kita.
Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka.
Misalnya seorang suami merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur berdengkur. Hampir setiap malam tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut dan hidung isterinya.
Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit disebabkan hal yang begitu remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang berbunyi :
“Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak
menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya” ( Muslim ).
Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap, fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si isteri padanya.
Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya, masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda.
Dia basuh pakaian anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas rumah setiap hari walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan si dia untuk anda.
Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk melihat perkara yang lebih besar. Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya.
Lemahkah Umar?
Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang takutkannya, malah syaitan juga melarikan diri bila bertembung dengannya. Dia juga sahabat Nabi yang yang mulia dan dijamin syurga.
Tetapi mengapa dia bertindak begitu?
Tidak lain tidak bukan kerana dia menghargai isterinya dan menerima kelemahan yang ada pada isterinya.
Pada suami di luar sana, anda bagaimana?
Fikir-fikirkanlah.
Apa jalan penyelesaiannya?
Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah minda kita dengan seluas-luasnya agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara itu dengan lebih tenang, matang dan menurut pandangan akal yang berlandaskan Islam dan sunnah Nabi.
Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai hal-hal yang remeh-temeh sehingga menjadikan minda kita tertutup rapat dan sentiasa menilai sesuatu perkara dan isu itu dengan nilaian yang negatif yang hanya bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dan nafsu yang sering memandu kita ke arah kejahatan yang akhirnya
akan membinasakan diri kita sendiri.
Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang telah Tuhan tentukan buat kita.
Nasib anda beradadi tangan anda sendiri. Hanya anda yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.
Selamat berubah kepada Kehidupan Baru
Wallahualam

ini ada lah panduan kita jika ada kesilapan anda setuju?

Motivasi hidup


Apa maksud motivasi hidup?
Kita lihat dulu apa maksud motivasi.
Motivasi pada asasnya adalah alasan atau dorongan untuk bertindak. Maka motivasi hidup boleh diertikan alasan atau dorongan untuk hidup.
Dari sini akan membawa kepada sebuah pertanyaan besar, mengapa kita hidup? Mengapa kita ada di dunia ini? Siapa saya? Banyak orang yang berusaha untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini. Namun kita tidak akan menemui jawapannya atau menemui jawapan yang salah kerana mungkin kita mencari dari sumber yang salah.

Seharusnya, jika kita bertanya mengapa kita hidup, kita harus bertanya kepada Yang Menghidupkan kita. Tiada lain adalah Allah SWT. Dan, Allah SWT sudah menjawab pertanyaan kita ini dan dituliskan dalam kitab suci kita Al Qur’an.
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(Az-Zariyat:56)
Jadi ibadahlah yang menjadi motivasi hidup sejati kita. Hidup kita tiada lain hanya untuk beribadah kepada Allah. Segala gerak geri kita, pemikiran kita, dan ucapan kita harus dalam rangka beribadah kepada Allah.
Tentu saja, pemahaman ibadah di sini adalah ibadah secara menyeluruh. Bukan hanya ibadah ritual sahaja, tetapi ibadah secara kesuluruhan. Iaitu semua aspek kehidupan yang kita jalani harus dalam rangka ibadah.
Jika ibadah sudah menjadi motivasi hidup kita, inilah yang perlu kita lakukan:
Pertama: Jadikan, semua yang kita lakukan pada masa ini menjadi bernilai ibadah. Tapi hati-hati, ada berbagai tindakan yang tidak boleh diubah menjadi ibadah iaitu perbuatan maksiat.
Untuk tindakan maksiat, harus dihentikan dan diganti dengan ibadah. Untuk mengganti tindakan “biasa” menjadi tindakan ibadah ialah dengan dua cara:
1.Niatkan sebagai ibadah dan lakukan dengan cara yang sesuai dengan syariat
2. Ketahui apa saja ibadah yang boleh kita lakukan dan lakukanlah seboleh mungkin. Ketahuilah apa yang dilarang dan jangan lakukan.
Mudah-mudahan kita semua menjadi pribadi yang hidup dengan motivasi hidup sejati ini. Inilah moto hidup kita:
Hayatuna kuluha ibadah = hidup kita semuanya adalah ibadah.

besedai kah kita untuk ke liang lahat

Wahai anak Adam!


Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.
“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut…!”

Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.
Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pulak terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”
Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”
Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.
Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.
Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup. Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.
Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:
“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka.. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”
Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:
Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sedar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melayat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya tidak tahu(jahil)
Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau langsir atau tempat khusus bagi menjaga keaiban pada mayat tadi.Dan yang paling diingat, Jangan membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah
Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama untuk memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu.Dalam menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.
Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal kerana mayat tersebutsesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan sehingga di kuburkan. Sebaik -baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.
Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang-lahat kerana mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga , mengawal dan menentukan mayat akan lebih selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan..
Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:
“Wahai anak Adam! “
“Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?”
“Apakah kamu mengumpulkan dunia ataukah dunia mengumpulkan kamu?”
“Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu?”
Sewaktu mayat di pikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan:
Wahai anak Adam!
“Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat.”
“Sangat berbahagialah kamu jika amalanmu baik.”
“Sangat berbahagialah kamu jika sahabat-sahabatmu dalam keredhaan Allah.”
Sewaktu mayat di letakkan untuk di sholatkan maka ia di panggil tiga kali teriakan:
Wahai anak Adam!
“Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!”
“Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!”
“Jika amal perbuatan kamu jelek, kamupun akan melihat jelek!”
Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur
Ia memanggil lagi dalam tiga teriakan
Wahai anak Adam!
“Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?”
“Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakhiran ini?”
“Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?”
Dan jika mayat di letak di liang lahat maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali
Wahai anak Adam!
“Kamu diatas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perut ku menjadi menangis.”
“Kamu berada di atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.”
“Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam.”
Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:
“Wahai hamba Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak. Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya.”
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.
SubhanaAllah……

ber doa lah pada allah

Doa Minta Jodoh


Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.
Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.
Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.
Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…

Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S

Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.