Jumaat, 17 Jun 2011

teruja melihat penyokong kelantan bersolat di stadium

Penyokong Bolasepak Berjemaah di Stadium

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.


Gambar oleh Afendy Latif
Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.
Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
“Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.”
(QS Asy Syams 91:8).
“Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Rabu, 15 Jun 2011

Post Aje: Cool Aje:Pejuang Libya Menggunakan Barang Buangan ...

Post Aje: Cool Aje:Pejuang Libya Menggunakan Barang Buangan ...: "Mereka membina peralatan perang di belakang sekolah dengan segala bahan buangan yang ada.Mesin rumput ATV yang sering ditunggang kanak-kan..."

Wajib bagi kita mencegah nya. wajib di baca oleh wanita

Wanita Islam Akhir Zaman

Wanita Wajib Baca



Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Koleksi gambar ini adalah dari blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

ini lah manusia semua nak tipu. jagan terkena ?

Awas Air Zam-Zam Palsu


Ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan sendiri walau dengan menipu jemaah haji dan umrah.
Para jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia nampaknya terpaksa waspada semasa membawa pulang air zam-zam sebagai ole-ole. Ini adalah kerana,dikatakan sudah banyak air zam-zam palsu beredar di Arab Saudi. Laman berita Arab News bulan lepas melaporkan air zam-zam palsu itu merupakan campuran antara air zam-zam asli dan air biasa. Air ini banyak dijual oleh pendatang haram Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi sendiri.

Air zam-zam palsu ini tidak hanya dijual di jalan tol yang menghubungkan Kota Makkah dan Jeddah. Tapi juga banyak penjual air suci palsu ini di sekitar Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid Nabawi, Madinah. Ini merupakan dua masjid suci bagi umat Islam. Penjualan zam-zam palsu ini berlaku 24 jam. Di sekitar Masjid Al-Haram, perdagangan zam-zam palsu ini berpusat di kawasan Al- Ghazzah.
Dikatakan pendatang dari Afrika, Bangladesh, dan Burma mengisi penuh air zam-zam dalam bekas. Kemudian bekas ini yang masih kosong dicampur dengan air biasa dan ditambahkan dengan sedikit air zam-zam.Ini berlaku di daerah Kudai.
Air zam-zam palsu ini dijual dalam tiga ukuran . Botol besar 15 riyal, botol sedang 10 riyal, dan botol kecil 5 riyal. Setiap hari para pedagang zam-zam palsu ini memperolehi pendapatab lebih dari 400 riyal dan melonjak menjadi 600 riyal setiap akhir bulan.
Kalangan muslim menganggap air zam-zam sebagai air suci dan boleh mengubati penyakit. Air dari telaga yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim itu selalu menjadi ole-ole wajib bagi yang beribadah haji atau umrah ke Arab Saudi. Air zam-zam ini tidak dieksport untuk kepentingan bisnis.
Air Zam-Zam Tercemar Dibantah Pemerintah Arab Saudi
Sementara itu pemerintah Arab Saudi telah membantah kenyataan bahwa air Zam Zam –yang berasal dari mata air didalam kompleks Masjidil Haram Mekah tercemar dan menegaskan tak ada ancaman kesehatan pada air suci itu. Dewan Pimpinan Urusan Dua Tempat Suci mengatakan di dalam satu pernyataan, Sabtu (7/5), dewan tersebut tidak menerima laporan yang menyatakan ada masalah dengan air Zam Zam, yang aman untuk diminum.
Menurut ajaran Islam, mata air itu tak pernah kering selama 4,000 tahun dan ramai peziarah memperlakukan air tersebut sebagai air suci dan memiliki keajaiban dalam penyembuhan. Media Inggris bulan lalu melaporkan telaga zam-zam tersebut telah tercemar dan meminum air Zam Zam dapat menimbulkan penyakit seperti kanser.
Itu bukan pertama kali ada usaha untuk memburuk-burukkan air Zam Zam.
Sementara itu, Kedutaan Besar Arab Saudi di London mengeluarkan kenyataan yang menegaskan air Zam Zam tidak tercemar dan kajian di pelbagai makmal di Eropah pada Mac lalu mengesahkan air tersebut selamat untuk diminum. Raja Abdulah pada September lalu telah merasmikan projek bernilai US$187 juta yang mampu mengisi 200,000 botol sehari di Mekah.